Bank Negara Malaysia ingin mempelawa calon yang sesuai dan berkelayakan untuk menghadiri sesi temu duga terbuka bagi jawatan Konstabel (Unit Khas) dan Konstabel di Jabatan Pengurusan Keselamatan Organisasi.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Calon mestilah mempunyai kelayakan yang berikut:
- Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 28 tahun
- Sihat tubuh badan, mempunyai penglihatan yang baik dan tiada kecacatan fizikal
- Tidak mempunyai rekod jenayah
Kelayakan minimum akademik:
Konstabel (Unit Khas) | Konstabel |
---|---|
Diploma dalam bidang Elektrik / Elektronik / Mekanikal / Sains / Kejuruteraan / Teknologi Maklumat dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00
Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris |
Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dan lulus Bahasa Inggeris. |
UKURAN BADAN DAN CIRI FIZIKAL
Calon mestilah mempunyai ukuran badan dan ciri fizikal seperti yang berikut:
Kriteria | Lelaki | Wanita |
---|---|---|
Ketinggian Minimum (tidak berkasut) |
165 cm | 163 cm |
Berat Badan Minimum | 50 kg | 48 kg |
Ukuran Dada | Sekurang-kurangnya 81 cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas) | – |
Indeks Jisim Badan (Body Mass Index – BMI) |
Antara 19 hingga 26 | |
Penglihatan | Lulus ujian bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna. |
SARAAN
- Pakej gaji yang kompetitif
- Kemudahan seperti pinjaman perumahan dan kenderaan
- Kemudahan rawatan perubatan dan pergigian untuk diri dan tanggungan
- Perlindungan Insurans Nyawa dan Kemalangan
- Peluang untuk melanjutkan pelajaran dan memajukan kerjaya
TEMU DUGA TERBUKA
Calon yang berkelayakan dipelawa menghadiri sesi temu duga dan maklumat lanjut adalah seperti yang berikut:
Lanai Kijang, 10, Perkarangan Tun Ismail, 50480, Kuala Lumpur |
---|
Sabtu, 02 November 2019 |
8.30 pagi – 1.00 tengah hari |
Sila bawa bersama-sama perkara yang berikut untuk menghadiri temu duga:
- Pakaian formal untuk sesi temu duga dan pakaian sukan (kemeja T-berkolar, seluar panjang trek, kasut sukan dan stoking) untuk ujian kecergasan dan fizikal
- Satu gambar terkini berukuran pasport
- Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) – sila bawa dokumen asal dan salinan (depan dan belakang)
- Resume terkini
- Sijil akademik (SPM/STPM/Diploma) – sila bawa dokumen asal dan salinan
- Penyata gaji tiga bulan terkini, sekiranya berkenaan
- Kebenaran bertulis daripada majikan bagi anggota Polis Bantuan yang sedang berkhidmat
Hanya calon yang memenuhi kriteria yang dinyatakan di atas akan disenarai pendek untuk menjalani proses penilaian