Sebelum anda layak dipanggil untuk menjalani sesi temuduga separa perubatan, anda perlulah lulus terlebih dahulu peperiksaan online separa perubatan. Untuk makluman, peperiksaan online separa perubatan ini diadakan oleh pihak SPA Malaysia bagi pihak Kementerian Kesihatan.
Oleh itu soalan-soalan peperiksaan online separa perubatan selain berkenaan dengan Kementerian Kesihatan, akan berkisar juga dengan maklumat yang berkaitan dengan pentadbiran Malaysia, kementerian-kementerian, suruhanjaya-suruhanjaya Malaysia, jabatan -jabatan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan.
Format Peperiksaan : Seksyen Pengetahuan AM Separa Perubatan
Tujuan Seksyen Pengetahuan AM ini adalah untuk menguji pengetahuan perkara-perkara yang berlaku di dunia amnya dan di Malaysia, khususnya berkaitan dengan isu-isu semasa, hal-ehwal politik, dasar-dasar awam pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi serta keselamatan negara.
Anda boleh merujuk set soalan dibawah untuk mendapatkan gambaran jenis soalan, topik dan tajuk yang mungkin di tanya dalam peperiksaan nanti.
- Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara dan Kepala Utama Negara merujuk kepada :
A. Sultan
B. Ketua Menteri
C. Perdana Menteri
D. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
- Bilakah leptospirosis boleh dikesan dalam darah selepas seseorang individu itu dijangkiti?
A. 1 – 3 hari
B. 3 – 5 hari
C. 5 – 7 hari
D. 7 – 10 hari
- Darah tinggi berlaku apabila tekanan darah
A. 135 mmHg
B. 140 mmHg
C. 145 mmHg
D. 150 mmHg
- Apakah salah satu tanda bagi gejala serangan panik?
A. Serangan jantung
B. Kerosakan saraf
C. Pening
D. Buta
Selain itu penting juga untuk anda mengetahui perbezaan diantara hospital dan klinik, ambil inisiatif untuk mencari maklumat mengenai rancangan-rancangan kerajaan yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan.
Istilah-istilah perubatan yang asas juga perlu diambil kira. Antaranya seperti :-
- Patologi Kimia
- Ortopedik
- Obstetrik
- Kardiologi
- Forensik
Panduan Peperiksaan Online Separa Perubatan
Ditulis oleh sekumpulan penulis kerjaya profesional, ia mengandungi nota berkaitan Separa
Perubatan. Contoh Soalan Separa Perubatan turut disertakan untuk anda membuat latihan persediaan supaya lebih bersedia dengan format soalan dan soalan.
Walaupun panduan ini tidak menjamin untuk lulus 100% dalam peperiksaan , tetapi anda sekurang-kurangnya
telah membuat persediaan rapi dan tidak membazir masa dalam membuat ulangkaji dengan topik yang tidak berkaitan dengan Peperiksaan Online Separa Perubatan.
Selain itu anda juga akan diberikan tips tips yang berkaitan dengan peperiksaan online.
Buatlah persediaan dari sekarang dengan mendapatkan nota Separa Perubatan di bawah