Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus
Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) dan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang
berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di :-

• Kampus Shah Alam
• Kampus Cawangan
• Hospital UiTM
• Fakulti Perubatan

[embeddoc url=”https://panduantemuduga.net/wp-content/uploads/JawatanKosongUITM2020.pdf” download=”all”]

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a. Untuk Bukan Staf UiTM

i) Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula
16 Februari 2020 hingga 2 Mac 2020 dengan menggunakan nombor kad pengenalan
pemohon sahaja di kaunter cawangan BSN dengan bayaran RM 10.00.

ii) Sila nyatakan ‘Jawatan Kosong UiTM’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.

iii) Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di
http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam
talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

iv) Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.

v) Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:

a. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke
atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat
Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki
kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)

b. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah
(Ph.D).

c. Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf
dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan
Pensyarah (sekiranya memiliki kelayakan Sarjana).