Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus
Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) dan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang
berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Universiti
Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang.

A. JAWATAN AKADEMIK

 

BIL JAWATAN GRED SKIM PERKHIDMATAN JADUAL GAJI
KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
1 PROFESOR VK7 Pensyarah UiTM RM 7,676.00 RM 20,592.00
2 PROFESOR MADYA DM53 Pensyarah UiTM RM 6,162.00 RM 13,235.00
3 PENSYARAH KANAN DM51 Pensyarah UiTM RM 5,855.00 RM 12,445.00
4 PENSYARAH DM45 Pensyarah UiTM RM 3,070.00 RM 11,095.00

 

Nota :
1. Sila rujuk senarai Fakulti dan Bidang yang ditawarkan bagi jawatan Pensyarah/Pensyarah
Kanan/Profesor Madya/Profesor di Lampiran 1.
2. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
Lampiran 1

A. JAWATAN AKADEMIK

FAKULTI DAN BIDANG YANG DITAWARKAN BAGI JAWATAN PENSYARAH/ PENSYARAH KANAN/
PROFESOR MADYA/ PROFESOR

AKADEMI / FAKULTI BIDANG

i.AKADEMI PENGAJIAN BAHASA : BAHASA KETIGA (PERANCIS)

ii. FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN CULINARY AND GASTRONOMY MANAGEMENT
AND SKILLS

B. JAWATAN PENTADBIRAN

 

JAWATAN KOSONG
BIL JAWATAN GRED SKIM PERKHIDMATAN JADUAL GAJI
KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
1 JURUTERA (KEJURUTERAAN AWAM) J41 Jurutera RM 2,529.00 RM 9,643.00
KUMPULAN PELAKSANA
2 PEGAWAI EKSEKUTIF N29 Penolong Pegawai Tadbir RM 1,493.00 RM 5,672.00
3 PEMBANTU KSATRIA S19 Pembantu Ksatria RM 1,352.00 RM 4,003.00
4 PENGAWAL KESELAMATAN KP11 Pengawal Keselamatan RM 1,205.00 RM 2,939.00

JAWATAN AKADEMIK

1. PENSYARAH UiTM

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM45

(c) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang
berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah
berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau

(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,380.37)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM51

(d) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c); dan

(ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang
berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM51 : RM5,855.00)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM53 (PROFESOR MADYA)

(e) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c); dan

(ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa
mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang
berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM53 : RM6,162.00)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR)

(f) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c); dan

(ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang
berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred VK7 : RM7,676.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

JAWATAN PENTADBIRAN

1. JURUTERA (KEJURUTERAAN AWAM)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM2,529.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara
Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosonga jawatan,apabila
telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau

(ii) Lulus Peperiksaan Badan Iktisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera
Malaysia/ Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan: dan

(b) Had umur pelantikan:
(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 60 tahun.

2. PEGAWAI EKSEKUTIF (N29)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
(iii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan),
Pemeriksa Cap Jari dan Pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan
oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke
jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) Had umur pelantikan:
(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 60 tahun.

3. PEMBANTU KESATRIA (S19)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,352.00); atau

(ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang
berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut
serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,352.00); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,408.40); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,464.80).
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang
berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita
tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm
semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan
dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat: dan
(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan
yang berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan 1(c)(i), 1(c)(iii) dan 1(c)(iv)
hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3. PENGAWAL KESELAMATAN (KP11)
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau
(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat
Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah
disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang
baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00). dan
(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53 bagi wanita tanpa
bersepatu
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm
semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V 6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan
berdaftar

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan 1(c)(i) hendaklah memiliki
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau BadanBadan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan
dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.

2. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN dokumen berikut yang telah
DISAHKAN:

• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik
Terperinci)
• Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk
mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan
kerajaan/ Badan Berkanun/ separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
• Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun
berturut-turut (penjawat awam)
• Laporan Rujukan (bukan penjawat awam bagi permohonan jawatan Gred 41
dan ke atas Pengurusan & Profesional borang seperti dilampiran 1)

3. Nama jawatan, bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas
sebelah kiri sampul surat permohonan.

4. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke
atas / Kelas Kedua Tinggi / yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
5. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan / badan
berkanun / separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
6. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu
duga.

7. Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas enam (6)
bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
8. Pemohon–pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA
Cawangan Pulau Pinang.

CARA- CARA MEMBUAT PERMOHONAN

(a) Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.
(b) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UiTM yang boleh didapati
dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Pulau Pinang
https://penang.uitm.edu.my/main/
(c) Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Disember 2019 (Rabu).
(d) Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PULAU PINANG
KAMPUS PERMATANG PAUH
13500 PERMATANG PAUH
PULAU PINANG
NO. TEL: (04) 382 2859/382 2857/382 2899
Tarikh iklan : 12 Disember 2019 (Khamis)


Tips Penting ketika temuduga
Rahsia Lengkap Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
[+] https://klikjom.com/RLTK
+] https://klikjom.com/RLTK

Dapatkan Ebook PERCUMA ‘50 Contoh Soalan Temuduga Kerajaan‘
http://klikjom.com/50Soalan

Join grup telegram cari kerja kosong https://t.me/jomcarik3rja
Join grup wasap cari kerja kosong https://klikjom.com/wsupgrup

JAWATAN KOSONG MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR : klik sini 

BORANG JAWATAN AKADEMIK BORANG JAWATAN BUKAN AKADEMIK