Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang
berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik
secara Tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis.

 

1. JAWATAN : PROFESOR (GRED VK7)/ PROFESOR MADYA (GRED DM53)/
PENSYARAH KANAN (GRED DM51)/ PENSYARAH (GRED DM45)

 

 

 

2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

1. Calon bagi lantikan hendalah memiliki kelayakan seperti berikut

(a) Warganegara Malaysia:
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan

KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DM45 (PENSYARAH)

(c) i. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau
ii. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dan Diploma Lanjutan dalam bidang
berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek
Malaysia
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau
iii. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,380.37)

KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DM51

(d) i. memiliki kelayakan seperti di perenggan 1(c) ;
dan ii. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa
mutunya; dan
iii. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang
yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM51: RM5,855.00)

KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DM53 (PROFESOR MADYA)
(e) i. memiliki kelayakan seperti di perenggan 1(c) ;
dan ii. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa
mutunya; dan
iii. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang
yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM53: RM6,162.00)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR)
(f) i. memiliki kelayakan seperti di perenggan 1(c) ;

dan ii. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa
mutunya; dan
iii. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang
yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM53: RM7,676.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.

2. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang
telah DISAHKAN:

a) Kad Pengenalan
b) Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
c) Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik
Terperinci)
d) Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA)
e) Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk
mengambilkira pengalaman kerja/ penetapan gaji
f) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan
kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

3. Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah
kiri sampul surat permohonan.

4. Keutamaan hanya diberi kepada calon-calon yang memiliki Ijazah Sarjana/Ph.D
dengan CGPA 3.00 dan ke atas/ Kelas Kedua Tinggi di peringkat Ijazah Sarjana
Muda.
5. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan
berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
6. Hanya permohonan yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh
tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
8. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Perlis.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

(a) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Akademik
Universiti Teknologi MARA. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh
diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Perlis di
http://perlis.uitm.edu.my atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Unversiti
Teknologi MARA Cawangan Perlis, Kampus Arau.

Iklan Penuh :

Borang Permohonan :

(b) Tarikh tutup permohonan ialah pada hari 19 November 2019 (Selasa)
(c) Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PERLIS
02600 ARAU PERLIS

NO.TEL: (04- 9882000 / 2204 / 2207 / 2210)