Warganegara Malaysia yang terdiri daripada ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan kontrak seperti berikut:

1.0 JAWATAN

1.1 PERANGKAWAN GRED E48 (KONTRAK)

1.2 JURUTERA (AWAM) GRED J41(KONTRAK)

1.3 PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 (KONTRAK)

1.4 JURU FOTOGRAFI GRED B17 (KONTRAK)

2.0 CARA MEMOHON

  • Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang IPK.SEL.1 yang boleh diperolehi melalui laman sesawang www.selangor.gov.my atau di kaunter Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam, Selangor.
  • Semua borang permohonan hendaklah dilengkapkan dan disertakan dengan salinan sah Kad Pengenalan, Sijil Lahir, Sijil-sijil Persekolahan, kelulusan akademik beserta sekeping gambar berukuran passport;
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil ke sesi temuduga;
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 April 2016 (Selasa) jam 4.00 petang;
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan
  • Sila kemukakan permohonan ke alamat berikut:

SETIAUSAHA BAHAGIAN

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

CAWANGAN PERKHIDMATAN TINGKAT 3,

BANGUNAN SSAAS 40503 SHAH ALAM

IKLAN JAWATAN

Dapatkan BORANG DISINI