Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dengan ini mempelawa rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. Pembantu Operasi Gred N11

Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis.

2. Pemandu Kenderaan Gred H11

Pemandu Kereta, Teksi, dan Van memandu dan menjaga kereta dan van untuk mengangkut penumpang, bungkusan/ surat, atau barang.

3. Pereka Gred B19

Pereka Bentuk dan Juruhias Dalaman merancang dan mereka bentuk hiasan dalaman bangunan komersial, industri, awam, runcit dan kediaman dan mereka bentuk poster dan bahan cetakan lain. Mereka menyelaras dan mengambil bahagian dalam pembinaan dan perhiasan.

4. Pembantu Pegawai Latihan Gred E19

Bertanggungjawab sebagai tenaga pengajar kepada usahawan dan mengenalpasti kategori usahawan yang berdaftar mengikut bidang kraf yang bersesuaian.

5. Penolong Jurutera Gred JA29

Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

6. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29

Membantu pelaksanaan penguatkuasaan Undang-undang Koperasi, menggalakkan penubuhan koperasi, menguruskan perihal pendaftaran koperasi dan pindaan Undang-undang Kecil, menghadiri mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan Tahunan Koperasi, melaksanakan program-program pengembangan dan penggalakan dan membantu pegawai mengawas pelaksanaan kuasa Ketua Pendaftar. Memberi khidmat bimbingan kepada koperasi dalam perkara-perkara pengurusan dan projek perniagaannya.

7. Pereka Gred B29

Pereka Bentuk dan Juruhias Dalaman merancang dan mereka bentuk hiasan dalaman bangunan komersial, industri, awam, runcit dan kediaman dan mereka bentuk poster dan bahan cetakan lain. Mereka menyelaras dan mengambil bahagian dalam pembinaan dan perhiasan.

Tarikh Tutup Permohonan : 14 November 2019

Cara Memohon

  • Kepada calon yang layak, anda dikehendaki untuk memohon secara online dengan mendaftar di laman web rasmi JobsMalaysia kerja
  • Anda boleh lihat senarai jawatan kosong kerja di JobsMalaysia di sini 
  • Masukkan no kad pengenalan anda untuk mendaftar. Kemudian isi maklumat yang diperlukan. Pastikan email yang diberi masih aktif.

Tentang JobsMalaysia

JobsMalaysia adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sistem ini adalah satu modul daripada tiga modul yang terdapat di bawah projek Bursa Buruh Elektronik (ELX). Ia telah dilancarkan pada 30 Mei 2002 oleh YB Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Wira Fong Chan Onn.

Portal JobsMalaysia memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian. Majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Menerusi sistem ini juga, pencari kerja boleh membuat permohonan pekerjaan dan majikan boleh menguruskan permohonan pekerjaan yang diterima. Semua kemudahan yang disediakan ini tidak dikenakan sebarang bayaran.

 

Tips Penting ketika temuduga
Rahsia Lengkap Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
[+] https://klikjom.com/RLTK
+] https://klikjom.com/RLTK

Dapatkan Ebook PERCUMA ‘50 Contoh Soalan Temuduga Kerajaan‘
http://klikjom.com/50Soalan