Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia keutamaan kepada rakyat Negeri Sembilan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :

  1. Penolong Pegawai Undang-Undang (1 kekosongan)
  2. Penolong Pegawai Tadbir (1 kekosongan)
  3. Pembantu Tadbir Kewangan (1 kekosongan)
  4. Penjaga Jentera Elektrik (1 kekosongan)
  5. Pembantu Kemahiran (Tukang Simen) (1 kekosongan)
  6. Pembantu Kemahiran (Elektrik) (1 kekosongan)
  7. Pembantu Operasi ( 1 kekosongan)
  8. Pemandu Kenderaan (7 kekosongan)

Cara Memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang didapati dengan dikenakan bayaran sebanyak RM 2.00(1 borang) di Majlis Perbandaran Seremban dengan mengambil sendiri dan 1 borang adalah untuk 1 jawatan sahaja.

b) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan
disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh
Pegawai Kerajaan daripadaKumpulan Pengurusan Dan Profesional
seperti berikut :

i) salinan kad pengenalan (telah dipalang ’untuk kegunaan MPS sahaja’)
ii) salinan surat beranak
iii) salinan sijil-sijil kelayakan
iv) salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan
v) gambar berukuran pasport

c) Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi.

d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti di para (b) tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

f) Alamat Permohonan

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Seremban,
Jalan Yam Tuan,
70990 Seremban.
(u.p. : Jabatan Khidmat Pengurusan)
Tel : 06-7667500

Tarikh Tutup: 29 Januari 2019

Iklan Jawatan Kosong