Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan
jawatan berikut:-
1. Penolong Pegawai Penilaian – W29
2. Penolong Pegawai Tadbir – N29
3. Pembantu Penguatkuasa – KP19
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) – N19
5. Pembantu Akauntan – W19
6. Pemandu Kenderaan – H11
7. Pembantu Awam – H11
Cara Memohon
Perhatian Kepada Pemohon:
a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia Majlis Perbandaran Sepang atau menggunakan borang yang boleh dimuat turun menerusi laman Web Majlis Perbandaran Sepang di alamat www.mpsepang.gov.my.
b) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan,kelulusan akademik (termasuk Ijazah Diploma – jika berkenaan), transkrip keputusan peperiksaan semua semester berserta dengan sekeping gambar berukuran passport.
c) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab `A’ 1973 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Prestasi.
d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
f) Alamat permohonan:
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sepang,
Persiaran Semarak Api, Cyber 1
63200 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan.
Tarikh Tutup: 20 Januari 2020
Borang Permohonan
Iklan Penuh
Iklan Kekosongan SPA Selangor klik sini