Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Khas buat warga PD dan anak-anak Negeri Sembilan, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) ada mengiklankan 4 jawatan kosong dengan 4 kekosongan untuk diisi.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

Bil Jawatan Kekosongan Gred
1 Penolong Akauntan [Tetap/Kontrak]       1 Gred W29
2 Pembantu Penguat kuasa [Tetap]       1 Gred KP19
3 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) [Tetap]       1 Gred N19
4 Pemandu Kenderaan [Tetap/Kontrak]     1 Gred H11
       
       
       
       
       


C. CARA MEMOHON

i) Borang permohonan boleh dimuatturun di laman web rasmi MPPD di www.mppd.gov.my.

ii) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas)/Penghulu/Pengerusi JKKK.

a. Gambar warna ukuran pasport;
b. My Kad/KadPengenalan;
c. Sijil kelahiran (suratberanak);
d. Sijil berhenti sekolah;
e. Sijil Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah (PMR);
f. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
g. Diploma dalam bidang yang berkaitan;
h. Lain-lain sijil yang berkaitan.

iii) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahun 2018.

iv) Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah:

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Port Dickson,
Km1, Jalan Pantai,71009 Port Dickson.
(u.p.: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)

D. TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

28 OGOS 2020

E. PERMOHONAN YANG BERIKUT AKAN DITOLAK SEKIRANYA:

i) Borang permohonan tidak lengkap atau tidak bergambar;
ii) Tidak memenuhi syarat iklan; dan
iii) Tidak disertakan dokumen sokongan yang diakui sah dan tidak ditandatangani.


F. PERHATIAN

i) Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil melalui telefon atau surat untuk ujian bertulis dan temu duga.

ii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya (Tiada makluman bersurat/telefon akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson).

iii) Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga dan segala keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah MUKTAMAD

Iklan Jawatan Kosong

Borang Permohonan