Permohonan adalah dipelawa dari kalangan Warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat
Negeri Johor Darul Takzim) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :-

  1.  Pegawai Kesihatan Persekitaran U41/U42
  2.  Jurutera J41
  3. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA36
  4. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
  5.  Penolong Pegawai Tadbir N29
  6.  Pembantu Tadbir (P/O) N19
  7. Pembantu Awam H11
  8. Pembantu Operasi N11
  9.  Pemandu Kenderaan H11

 

CARA PERMOHONAN :

(a) Pemohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam,
Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua
Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A dibawah peraturanperaturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat, dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata
Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
terkini;

(b) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun secara percuma di laman web Majlis Perbandaran Muar iaitu :

www.mpmuar.gov.my atau di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan
Khidmat Pengurusan pada hari Ahad hingga Rabu dari jam 08.00 pagi hingga 05.00
petang, dan hari Khamis dari jam 08.00 pagi hingga 03.30 petang dengan bayaran
RM 1.00/set.

Sila sertakan sekeping gambar terbaru berukuran passport dan salinan yang telah disahkan semua dokumen seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen sokongan;

(c) Pemohonan yang lewat, tidak lengkap, tidak diakui sah atau tidak mengikut syarat di
atas akan ditolak;

(d) Sebarang usaha untuk membuat penghantaran dokumen SELEPAS borang dihantar
/ tarikh iklan ditutup TIDAK AKAN DITERIMA.

(e) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
ditemuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh
tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri
ujian dan temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.

(f) Sila tulis nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan
dihantar kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN MUAR
KARUNG BERKUNCI NO. 516
84009 MUAR

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 29 MAC 2020