Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur / warganegara Malaysia yang berkelayakan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut :-
- Penolong Juruukur Bahan JA29
- Pembantu Kemahiran (Mekanik Kereta Motor) H19
- Pembantu Penilaian W19
- Pembantu Tadbir (P/O) N19
CARA MEMOHON
- Borang permohonan boleh didapati dengan mengambil sendiri di Jabatan Khidmat Pengurusan atau muat turun di laman web Majlis Daerah Cameron Highlands (wwww.mdcameron.gov.my)
- Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan (depan belakang), sijil kelahiran, Salinan Kad Pengenalan Bapa/Ibu dan Salinan sijil-sijil kelulusan yang diperakui sah sebagai salinan sebenar oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Gred 41 ke atas) sahaja. Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon disudut atas sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada:-Yang Dipertua
Majlis Daerah Cameron Highlands
Peti Surat 66
39007 Tanah Rata
Cameron Highlands
(U.P : Bahagian Sumber Manusia) - Permohonan hendaklah dihantar sebelum 21 JAN 2020.
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam(6) bulan selepas tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya