JAKIM mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
Taraf jawatan : Kontrak (Contract of Service)
Bayaran Gaji : RM2,317.00 Minima Penempatan : Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan (18 kekosongan) |
|||
DESKRIPSI TUGAS Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas operasi, kawalan kualiti dan analisis makmal bagi menyokong Skim Pensijilan Halal Malaysia
|
|||
SYARAT PERMOHONAN 1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 3. Berkelulusan: i. Ijazah Sarjana Muda Sains kepujian dalam bidang sains makanan, sains dan teknologi makanan, pengurusan kualiti makanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan pada Gred C41:RM2,317.00]
ii. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
Keutamaan:
4. Calon yang berdaftar dengan Majlis Juruanalisis Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Institut Kimia Malaysia merupakan satu kelebihan.
5. Memiliki sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman kerja dalam bidang analisis
atau pengurusan makmal.
|
|||
CARA MEMOHON 1. Sila kemukakan resume serta salinan sijil melalui pos ke alamat berikut: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya
No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3, 62100 PUTRAJAYA
2. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri (atas) sampul surat.
3. Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang
terkini dan aktif.
|
|||
PERHATIAN Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
|
|||
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
Tarikh Tutup Permohonan: 18 December 2019 (Rabu)