Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan, bermastautin di Melaka dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi jawatan berikut:
  1.  Pegawai Tadbir, Gred N41
  2.  Jurutera, Gred J41
  3.  Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29
  4.  Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29 (memiliki Diploma Undang- Undang)
  5. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa, Gred JA29
  6. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N19
  7. Pembantu Operasi, Gred N11
  8. Pemandu Kenderaan, Gred H11

PERMOHONAN

1. Pemohon hendaklah mengemukakan resume bergambar yang lengkap, salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik/ kemahiran dan transkrip akademik yang diakui sah seperti mana syarat-syarat yang ditetapkan.

Dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Ketua Menteri Melaka
Aras 1, Blok Bentara Seri Negeri,
Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka

(u.p Seksyen Pembangunan Organisasi)

2. Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 November 2020 (Jumaat).

3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan, hendaklah mengganggap permohonan tidak berjaya.

4. Permohonan yang berikut akan ditolak;

(a) Resume yang tidak lengkap;

(b) Tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan;

(c) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

(d) Tidak ditandatangani dan tiada pengesahan dokumen-dokumen yang diperlukan

Iklan Penuh : Jabatan Ketua Menteri Melaka