Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon ANAK NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM  yang berkelayakan untuk mengisi jawatan perkhidmatan kontrak seperti berikut :

Kumpulan Pengurusan dan Profesional
PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR) GRED S41
Kumpulan Pelaksana
PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR) GRED S29
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR) GRED N19
PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR) GRED S19
PEMBANTU OPERASI (MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR) GRED N11
PEMANDU KENDERAAN (MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR) GRED H11

 

CARA MEMOHON

  1. Permohonan hendaklah dilakukan secara online di JohorCareerOnline.
  2. Pastikan anda mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.
  3. Jawatan kosong ini dibuka sehingga 2 MAC 2020

Pengenalan Sistem JohorCareer.

Sistem Pengurusan Tenaga Kerja Negeri Johor atau dikenali sebagai JohorCareer merupakan satu inisiatif oleh Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA). Sistem ini dibangunkan untuk mengurus dan memantau data-data berhubung dengan penawaran dan permintaan modal insan di Johor secara umumnya dan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia secara khususnya.

Sistem ini bertujuan untuk membantu para pencari kerja dalam mencari kerja yang bersesuaian dan ia juga menyediakan peluang-peluang untuk mereka yang inginkan peningkatan dalam kerjaya. Sistem ini juga menyediakan maklumat berkaitan dengan permintaan dan penawaran tenaga kerja di Johor.

Dengan mendaftar akaun JohorCareer:

– Segala maklumat dan butiran peribadi akan dirahsiakan
– Berita dan makluman penting akan dihantar menerusi e-mel

Pencari Kerja
– Anda akan mendapat maklumat kekosongan jawatan yang terkini
– Anda boleh membuat tetapan padanan pekerjaan
– Anda boleh membuat permohonan pada bila-bila masa sahaja

Majikan
– Anda boleh membuat pengiklanan jawatan kosong
– Anda mempunyai pilihan calon-calon yang terbaik
– Boleh melihat padanan pencari kerja dengan iklan jawatan anda