Berita baik untuk pencarum KWSP yang layak, KWSP telah memperincikan bagaimana untuk mengeluarkan wang dari Akaun 1 anda.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah bersetuju untuk menyediakan dana berjumlah RM1 Bilion yang dijangka akan dimanfaatkan seramai 2 juta ahli.

Pencarum yang layak untuk membuat pengeluaran dari Akaun 1 adalah seperti berikut:

  1. Ahli yang kehilangan pekerjaan
  2. Ahli yang diberi cuti tanpa gaji
  3. Ahli yang tiada sumber pendapatan

Ahli yang layak boleh membuat permohonan pada Disember 2020. Wang akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat dan dijangka bermula pada Januari 2021.

Wang akan dikreditkan secara berkala selama 6 bulan.

Secara umumnya, pencarum yang layak boleh mengakses 10 % dari Akaun 1 mereka dan tertakluk kepada baki minimum RM100.

A. Ahli Yang Mempunyai Baki Akaun 1 RM90 Ribu dan ke bawah (< RM90K)

  • Boleh mengeluarkan sehingga RM9K. Amaun pendahuluan pertama  sehingga RM4k dan secara berkala selama 6 bulan.

B. Ahli Yang Mempunyai Baki Akaun 1 LEBIH Dari RM90 Ribu  (> RM90K)-

  • Anda boleh mengeluarkan sehingga RM60K sahaja. Dengan pendahuluan pertama RM10K dan secara berkala selama 6 bulan.

Untuk memudahkan anda memahami dengan lebih jelas, sila rujuk gambarajah di bawah.

Namun begitu, ahli yang memohon i-Sinar ini perlu menggantikan amaun yang telah dikeluarkan melalui caruman baharu. Caruman baharu akan dikreditkan 100% kedalam Akaun 1 anda.

Sehinggalah wang yang telah dikeluarkan telah cukup digantikan semula. Kemudian barulah caruman akan kembali ke pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan oleh pihak KWSP dalam masa terdekat.

Sumber : KWSP