i-Lestari KWSP
Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan
Untuk makluman terdapat 3 cara anda boleh melakukan pengeluaran i-Lestari KWSP.
- Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun web* (Ahli). Klik di sini untuk Panduan Pengguna.
- Secara e-mel yang dialamatkan kepada : ilestarimohon@epf.gov.my; atau
- Secara hantaran pos/kurier kepada alamat :
Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.
Permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah (b) dan (c) akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses. Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah (b) dan (c) sahaja.*Pengeluaran i-Lestari tidak boleh dibuat melalui aplikasi mobil i-Akaun
Langkah-Langkah Pengeluaran i-Lestari Secara Online
Permohonan Melalui i-Akauan (Ahli) – Jika anda belum mendaftar sebagai ahli i-Akaun, boleh rujuk di sini untuk pendaftaran menggunakan emel.
Jika anda sudah mendaftar, pastikan juga anda belum lagi membuat pengeluaran di Akaun 2 KWSP anda sebelum ini. Samada untuk pengeluaran Pendidikan, Pinjaman Rumah, Kesihatan dan Lain-Lain. Dengan kata lain pastikan Akaun 2 KWSP anda sekurang-kurangnya mempunyai RM 6,000.00.
- Jika baki di akaun 2 KWSP anda cukup, anda boleh terus melayari www.kwsp.gov.my dan klik log masuk sebagai Ahli dan masukkan ID Pengguna.
- Sahkan Imej Keselamatan dan Frasa Rahsia kemudian isikan password kemudian klik LOG MASUK
3. Pilih tab ‘Pengeluaran‘ kemudian pilih ‘e-pengeluaran‘ dari side menu.
4. Klik “Permohonan Baru” dan pilih i-Lestari daripada senarai ‘Jenis Pengeluaran’
5. Sila baca dan fahami NOTA PENTING PERMOHONAN e-PENGELUARAN yang dipaparkan sebelum meneruskan transaksi
6. Klik OK untuk meneruskan permohonan, kemudian klik seterusnya
7. Isikan Amaun Dimohon (Amaun pengeluaran minima ialan RM50 dan maksimum RM500 sebulan). Jika anda letak lebih dari itu, akan ada error.
8. Isikan ‘Butiran Akaun Bank’ Sila pastikan nombor akaun bank anda yang dikemukakan adalah AKTIF untuk melancarkan proses pembayaran. Ada Maybank lagi terbaik. Kemudian klik ‘Seterusnya’
9. Baca dan fahami ‘Perakuan’ berkenaan terma dan syarat permohonan sebelum meneruskan tranksaksi. Kemudian klik ‘SETUJU’
10. Klik ‘Permohonan TAC’. Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefom bimbit yang berdaftar dengan KWSP.
11. Klik ‘SAHKAN’
12. Isikan nombor TAC dan klik ‘HANTAR’ untuk melengkapkan permohonan.
13. Skrin ‘Pengesahan Permohonan Pengeluaran’ akan dipaparkan.
Berikutan pemanjangan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Kerajaan, semua cawangan KWSP dan Pusat Perhubungan Pelanggan masih ditutup sehingga 14 April 2020. Sehubungan itu, ahli boleh melakukan transaksi melalui aplikasi i-Akaun atau menghantar emel untuk servis-servis berikut:
- Pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari: ilestari@epf.gov.my
- Penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari: ilestarimohon@epf.gov.my
- Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun: iakaundaftar@epf.gov.my
- Penghantaran borang permohonan pengekalan kadar caruman syer pekerja pada 11 peratus: ve2020@epf.gov.my
- Pertanyaan mengenai perkhidmatan KWSP lain: https://www.kwsp.gov.my/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry