Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah program bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Perpaduan Malaysia untuk membantu rakyat yang terkesan oleh pandemik COVID-19. Fasa 1 bernilai RM1.67 bilion dan akan dibayar secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).

Program ini ditujukan kepada individu yang berpendapatan rendah B40, bujang dan warga emas dan sederhana yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Bantuan ini bertujuan untuk membantu individu-individu tersebut menampung kos sara hidup yang kian meningkat.

Pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) seperti pada jadual di bawah.

Untuk pastikan penerimaan wang, penerima perlu memastikan bahawa akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan adalah sah dan aktif. Jika terdapat masalah atau pertanyaan mengenai pembayaran, penerima boleh menghubungi

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan bantuantunai.hasil.gov.my. atau anda juga boleh lakukan semakan di https://bkm.hasil.gov.my/