Untuk makluman, pencarum boleh melakukan pengeluaran KWSP Akaun 2 sebanyak Rm500 yang dinamakan i-Lestari secara online i-Akaun. Apps i-Akaun ini boleh didownload secara percuma di Google Play.

Sebelum ini, untuk mendaftar anda perlu ke pejabat KWSP berdekatan untuk register nombor telefon anda. Memandangkan kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda tidak dibenarkan untuk  mendaftar di pejabat KWSP.

Oleh itu, KWSP telah mengemukakan cara baru untuk anda mendaftar menggunakan email sahaja. Dengan mengemukakan beberapa dokumen dan borang yang lengkap diisi.

1. Borang hanya boleh dibuka dengan menggunakan perisian Adobe Acrobat Reader versi terkini sahaja

2. Borang ini hendaklah ditaip dengan lengkap dan betul serta disimpan dengan format nama dokumen seperti yang ditetapkan (rujuk jadual di bawah bil 1.)

3. Setiap lampiran dokumen hendaklah dinamakan mengikut format nama dokumen seperti yang ditetapkan (rujuk jadual di bawah)

4. Borang dan semua dokumen sokongan perlu jelas dan tidak melebihi 3MB menggunakan format JPG/PNG/GIF dan PDF sahaja.

5. Hantarkan semua dokumen ke alamat e-mel : iakaundaftar@epf.gov.my dengan menggunakan format subjek e-mel Pendaftaran i-Akaun Ahli <Nama Anda> (Cth : Pendaftaran i-Akaun Ahli Ahmad Bin Muhammad)

6. Status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel iakaundaftar@epf.gov.my dan anda dinasihatkan agar sentiasa menyemak notifikasi e-mel dari pihak KWSP.

7. Saluran komunikasi hanya melalui alamat e-mel iakaundaftar@epf.gov.my sahaja. KWSP tidak pernah melantik mana-mana pihak lain untuk urusan pendaftaran ini.

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) yang lengkap diisi dengan tulisan bertaip.
Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_Borang_<Nama Anda>

2. Salinan MyKad (depan dan belakang). Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu
iakaundaftar_MyKad_<Nama Anda>

Nota : Anda digalakkan untuk membuat garisan palang “UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA” di salinan dokumen
seperti contoh di bawah :

3. Gambar swafoto Ahli bersama MyKad. Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu
iakaundaftar_Swafoto_<Nama Anda>

Nota : Paparan maklumat Ahli PERLU jelas

4. Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Cth: Bil Telefon/Kontrak pendaftaran telefon/Resit bayaran deposit)
Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_Telefon_<Nama Anda>

Nota : Anda digalakkan untuk membuat garisan palang “UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA” di salinan dokumen
seperti contoh di bawah :

5 .Salinan Buku Bank/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang masih aktif milik Ahli.
Save dengan format nama dokumen yang ditetapkan iaitu iakaundaftar_Bank_<Nama Anda>

Nota : Anda digalakkan untuk membuat garisan palang “UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA“ di salinan dokumen
seperti contoh di bawah :

 

Download Borang 

  1. Walaupun dah daftar dengan i-Akaun, tapi masih tak dapat nombor TAC, kenapa ya?
    Bagi ahli yang masih kekal menggunakan nombor telefon yang sama sewaktu mendaftar i-Akaun namun gagal untuk menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC), disebabkan perubahan rangkaian Telekomunikasi (Telco) yang digunakan.Jika anda menghadapi masalah ini, hubungi pihak KWSP melalui halaman https://www.kwsp.gov.my/reach-us/connect-with-us 
  2. Borang permohonan Pengeluaran i-Lestari kini menerima tandatangan. Oleh itu anda tidak perlu mengotorkan jari anda lagi. Jangan risau sekiranya anda telah menghantar borang dengan cap jari anda, jangan risau, kerana borang anda akan tetap diproses. Jangan tiada tanda tangan atau cap jari sudah.
  3. Jika anda menerima panggilan dari 03892224000 jangan risau, kerana nombor ini adalah TULEN dari KWSP untuk proses pendaftaran i-Akauan anda. Pastikan hafal nombor itu, jangan sampai ditipu oleh Scammer. Maklumlah bulan ini banyak duit nak masuk. Awas.