Ada yang berpendapat mengunakan Cover Letter atau surat lampiran bersama resume untuk memohon kerja adalah agak ketinggalan. Tetapi cover letter tetap mempunyai kelebihan tersendiri. Tentu anda mahu permohonan anda berbeza dari calon lain. Ini membolehkan penemuduga atau bakal majikan anda lebih akan tertarik dengan resume anda.

Kini, ramai pencari kerja hanya menghantar resume mereka secara online tanpa cover letter yang baik.

Cover letter yang baik akan memberi kelebihan kepada anda berbanding calon yang lain. Ini kerana cover letter adalah seperti surat jemputan untuk bakal majikan melihat anda secara lebih dekat. Bakal majikan akan berminat untuk mengetahui pengalaman, skill dan kemahiran anda.

Oleh itu cover letter yang baik dan kemas bersama resume yang mantap adalah ramuan penting untuk menawan hati bakal majikan. Begitu juga, jika cover letter anda tidak menarik dan dihasilkan dengan sambil lewa tentu hasilnya pun tak seberapa.

Langah pertama anda untuk menghasilkan cover letter yang mantap adalah mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh calon. Berikut adalah 3 kesalahan yang biasa dilakukan oleh calon.

1. Kesalahan Ejaan dan Tatabahasa

Kesalahan kecil dalam ejaan dan tatabahasa/grammar boleh menyebabkan staf di HR tidak meneruskan membaca surat anda dan peluang anda untuk dipanggil temuduga adalah sangat tipis.

Pastikan anda baca surat anda berulang kali dan betulkan kesalahan ejaan dan tatabahasa sebelum anda print. Langkah terbaik adalah dengan print draft copy dan minta orang lain untuk baca dan betulkan kesalahan cover letter anda.

Kadang-kadang anda mungkin terlepas pandang kesalahan ejaan dan tatabahasa.

Pastikan anda gunakan internet untuk double check ejaan nama dan alamat syarikat yang anda ingin memohon kerja. Jika anda menghantar cover letter dan resume kepada banyak syarikat, pastikan anda tidak hanya copy dan paste nama dan alamat syarikat tersebut.

Ada calon yang menghantar cover letter dan resume kepada syarikat A tetapi isi dan alamat kepada syarikat B. Ini selalu terjadi kerana calon tidak double-check isi surat dan hanya copy dan paste sahaja.

Gunakan software percuma dari internet untuk menyemak kesalahan ejaan dan tatabahasa anda. Pastikan juga anda menyemak perkataan yang biasa digunakan tetapi mempunyai maksud yang berbeza seperti (there/their, to/two/too)

2. Terlalu Panjang atau Pendek

Surat Cover letter hendaklah tidak terlalu panjang atau terlalu pendek. Surat yang baik adalah sekitar 250 patah perkataan atau 4 ke 5 perenggan sahaja. Berikut adalah pecahan isi surat tersebut.

Paragraph #1 : Anda terangkan kepada pembaca bagaimana anda mendapat tahu tentang kekosongan jawatan tersebut dan mengapa anda berminat dengan jawatan tersebut.

Paragraphs #2-3 : Anda nyatakan secara detail pengalaman yang berkaitan dengan kerja tersebut, skill dan pencapaian anda serta sikap positif . Supaya mereka melihat anda calon adalah terbaik untuk kerja kosong tersebut.

Paragraphs terakhir : Untuk penutup, anda mohon kepada mereka agar dipanggil temuduga. Sertakan alamat rumah, nombor telefon dan email untuk memudahkan penemuduga atau bakal majikan anda untuk menghubungi anda. Pastikan alamat email yang profesional digunakan dan bukannya emel anda zaman sekolah dulu.

3. Merayu vs Over Confident

Penemuduga dan bakal majikan anda adalah manusia, oleh itu susunan ayat dalam surat perlulah tidak terlalu over confident atau terlalu merendah diri. Ya memang betul anda perlu konfiden dengan skill yang anda ada tetapi jika terlalu berlebihan, penemuduga akan merasa jelek juga.

Biarkan penemuduga nampak keyakinan anda melalui ayat yang kemas tapi padat. Nyatakan skill anda yang berkaitan sahaja dengan jawatan yang ingin anda pohon. Fokuskan kepada kelebihan anda berbanding calon-calon yang lain.

Awas, jangan nampakkan diri anda seperti terdesak untuk mendapatkan jawatan tersebut. Tunjukkan yang anda betul-betul ikhlas dan berminat untuk menyertai syarikat tersebut. Merayu atau meletakkan ayat simpati dalam cover letter juga tidak membantu permohonan anda. Anda akan ditertawakan kerana tidak profesional.

Jadikan Cover Letter anda Lebih Efektif dengan :

  • Dapatkan nama HR Manager, pegawai HR atau CEO syarikat yang ingin anda pohon.
  • Apabila anda mempunyai maklumat yang tetap tentang skop kerja jawatan yang anda pohon
  • Apabila anda di jemput secara personal untuk memohon jawatan kosong tersebut.

Contoh Cover letter

Matt Damon

Project Manager

XYZ Company

Dear Matt,

I am writing in response to the opening for Project Assistant, a role that I believe directly reports to you. <shows research skills>

I can offer you seven years of experience managing communications for CDE INC, a top-tier consulting firm. My stay with them has allowed me to develop excellent project-management skills and a keen eye for detail. These skills coupled with my experience working in an industry similar to yours makes me an ideal candidate for this job opening. <Highlights important skills and work experience relevant to the job posting>

I have attached my résumé for your review and would welcome the chance to speak with you to discuss my qualifications. I can be reached through my mobile number: 915-1234567 or my home phone: 655-5865. <includes complete contact details>

Looking forward to hearing from you soon.

Best Regards,

Darmian Lee

 

Memahami kehendak bakal penemuduga dan bakal majikan anda adalah penting. Cover letter yang kemas, padat dan tanpa kesalahan ejaan akan melonjakkan peluang anda untuk dipanggil temuduga.

Ianya mungkin mengambil masa untuk menulis dalam bahasa inggeris dengan baik, namun dengan usaha dan fokus, anda pasti boleh menghasilkan cover letter yang mantap.

Semoga anda berjaya untuk mendapat kerja yang anda idam-idamkan.